Khasiat sayur-sayuran dan buah-buahan adalah bahagian penting dalam diet seimbang. Rasanya enak terdapat perbagai jenis, menarik warnanya dan mudah didapati. Sayur dan buah juga merupakan sumber utama zat-zat makanan seperti:-Karbohidrat kompleks, Serat, Vitamin A, C, E. Mineral terutama kaliam dan kalsium. Ia tidak mengandungi kolesterol dan sangat rendah kandungan lemak, kalori dan natrium. Di samping itu sayur-sayuran dan buah-buahan juga dapat menjadi snek yang senang disediakan, menghilangkan dahaga dan rasa lapar, meransang dan melawaskan sistem penghadaman, membantu mencegah sembelit, mengurangkan risiko penyakit-penyakit sistem penghadaman dan beberapa jenis kanser.
Bagaimana mendapat faedah yang terbaik semasa membeli pilihlah sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar masih berwarna terang dan elok bentuknya. Bila menyimpan simpan dlm bekas tertutup dibahagian bawah peti sejuk. Simpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Simpan sayuran berdaun dalam plastik berlubang. Simpan sayuran jenis ubi di tempat yang kering dan dingin dan tidak di atas lantai. Simpan buah-buahan yang belum cukup masak pada suhu bilik. Semasa menyediakannya basuhlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna. Makan buah dan masak sayur-sayuran sebaik sahaja dipotong. Jangan sediakan sayur-sayuran terlalu awal sebelum masa memasak. Elakkan dari membasuh atau merendam buah-buahan dan sayur-sayuran selepas ia dipotong. Cara memasakjika merebus, didihkan air dahulu, baru masukkan sayur-sayuran. Masak sayur-sayuran dengan sedikit air. Gunakan cara memasak yang rendah lemak seperti kukus, rebus, tumis dengan minyak yang sedikit, celur, mikrowawe. Elakkan memasukkan bikarbonat dalam sayur-sayuran. Elakkan dari memasak terlalu lama. Salad/Ulam hendaklah makan salad lebih kerap, pilihlah perbagai jenis sayuran ulam berwarna hijau tua seperti pegaga, daun selom, daun selasih, pucuk gajus, kacang botol, kacang panjang dan ulam raja. Bila makan di luar pilih minuman jus buah dan bukan minuman manis atau bergas. Minta lebihkan sayur-sayuran dalam mee, sup atau nasi goreng. Pesan lebih hidangan sayur-sayuran dan tidak hidangan daging. Makan buah sebagai pencuci mulut mengantikan kek dan puding. bawa bekal buah atau salad ke tempat kerja atau sekolah. Kesimpulan amalkan cara makan yang sihat, lebihkan pengambilan buah dan sayur demi kehidupan yang lebih sihat dan baik serta menjauhkan dari penyakit.
Leave a Reply